Wednesday, 22 April 2020

Tumbuh-tumbuhan


Salam wbt anak-anak 2IBS dan 2IBB.
Cikgu harap semua sihat dan masih bertahan dan sabar dengan ujian.
Jadikan cuti PKP ini penuh dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat ya.

Maghrib nanti kita dah akan memasuki bulan yang mulia dan penuh barokah,
Ramadhan Kareem. Cikgu harap anak-anak cuba untuk jaga solat dan berpuasa ya. Jangan lupa bersolat terawih bersama keluarga ya,

InsyaAllah kita akan memasuki tajuk baru, tumbuh-tumbuhan.
Anak-anak juga boleh mula membaca buku teks m/s 49-60 sebagai rujukan.




Anak-anak,
Tumbuhan amat penting kepada kita.

ia menjadi sumber:

1. HABITAT untuk haiwan seperti monyet, burung, ulat untuk tinggal di pokok-pokok.
2. UDARA untuk manusia dan haiwan, iaitu oksigen.
3. UBAT untuk manusia dan haiwan, seperti pokok petai dan tunjuk langit.
4. MAKANAN untuk manusia dan haiwan seperti pokok pisang, padi dan ubi kayu.

Sementara cuti ini, anak-anak bolehlah memerhatikan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling rumah. Untuk itu, cikgu ada satu soalan untuk anak-anak;

Allah mencipta begitu banyak kegunaan bagi tumbuh-tumbuhan.
Jadi, sila nyatakan 2 kepentingan lain bagi tumbuh-tumbuhan. Anak-anak boleh bincangkannya bersama ibu dan bapa. 

Jawapan boleh ditulis di ruangan komen.
Jangan lupa untuk tuliskan nama dan kelas ya.
Terima kasih.

34 comments:

  1. Contoh jawapan:

    Naim bin Ahmad // 2 IBS

    2 kepentingan lain tumbuhan:

    1. Daun kelapa boleh dibuat ketupat
    2. Batang kelapa boleh dibuat titi

    ReplyDelete
  2. Annur zahrah binti Mohd Azwandy
    2 Ibnu Sina

    1. Pokok getah- hasil getah yang dikeluarkan dari batang pokok boleh menghasilkan produk seperti tayar kereta, sarung tangan dan penebat haba.

    2.Batangnya boleh menghasilkan perabot seperti set meja makan dan set bilik tidur

    ReplyDelete
  3. Muhammad danish arif bin noor idwan//2IBK
    1.daun pokok kelapa boleh diljadikan atap
    2.Kertas diperbuat daripada pokok balak

    ReplyDelete
  4. Iman Ashraf // 2 IBS

    2 Kepentingan lain tumbuhan

    1. Pokok Kelapa - Air buah kelapa muda boleh diminum untuk menyejukkan badan pada hari panas.

    2. Isi kelapa boleh diproses menjadi sabun membersihkan badan

    ReplyDelete
  5. Fariesarul hayfa 2IBK

    2kepentingan lain bagi tumbuhan
    1-UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI CUACA PANAS (contoh berteduh dibawah pokok besar ketika panas)
    2-TUMBUHAN SEBAGAI KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN (contoh pokok-pokok hutan di kawasan tanah tinggi)

    ReplyDelete
  6. Nur izzatul bt rusli - 2 ibs

    2 kepentingan lain tumbuhan

    Pokok kelapa sawit

    1. lidi boleh di buat penyapu

    2..Buah boleh di proses menjadi minyak

    ReplyDelete
  7. Mohammad Danial Zafran bin Mohd Zamani 2 IBK

    2 kepentingan lain

    - Dijadikan barang keperluan seperti perabot
    - peluang pekerjaan dalam bidang perhutanan

    ReplyDelete
  8. Abdul saif bin abdul latif
    2 IBK

    2 Kegunaan lain tumbuhan

    - sebagai sumber makanan kepada
    manusia

    - sebagai sumber oksigen kepada
    kehidupan

    ReplyDelete
  9. Abdul saif bin abdul latif
    2 IBK

    2 Kegunaan lain tumbuhan

    - sebagai sumber makanan kepada
    manusia

    - sebagai sumber oksigen kepada
    kehidupan

    ReplyDelete
  10. Anis Syazwani Abd Halim 2IBK

    2 kegunaan tumbuh-tumbuhan

    1. Sebagai makanan : cth jantung pisang (anis kata Tok Dalang makan jantung pisang dalam cerita upin ipin )

    2. Membuat penyapu lidi (Anis pernah melihat neneknya membuat penyapu menggunakan lidi dari pokok kelapa)

    ReplyDelete
  11. Muhammad ammar Mikhail bin Mohd Asrin
    2IBS

    2 kepentingan lain tumbuh-tumbuhan ialah

    - batang pokok kelapa dijadikan titi
    - daun pisang boleh dijadikan bungkus nasi lemak

    ReplyDelete
  12. Sofea qasriena binti amran
    2 ibnu khaldun

    2 kepentingan lain tumbuh-tumbuhan ialah padi gandum
    a) padi - sebab itu keperluan asas beras dan sumber makanan manusia
    b) gandum- juga salah satu sumber karbohidrat untuk manusia sama seperti biasa

    ReplyDelete
  13. Yusuf Dini
    2ibs

    a) Buah Kelapa- dibuat minyak kelapa untuk memasak

    b) Jantung pisang - sebagai makanan ulam

    ReplyDelete
  14. Arissa Tihani Hanif
    2 IBS

    1. Lendir daun lidah buaya boleh dijadikan ubat.
    2. Bayam brazil sesuai dijadikan ulam.

    ReplyDelete
  15. Muhammad Adrayyan Bin Adenan 2IBS

    A)kacang panjang merupakan sumber makanan kepada manusia ia boleh dijadikan sebagai ulam atau do goreng

    B)Pokok pisang buahnya boleh di makan Dan daunnya boleh digunakan untuk membuat kuih pelbagai jenis

    ReplyDelete
  16. Nursyahindah Bt Safarizuan
    2 IBK

    Kepentingan tumbuh-tumbuhan:-
    1)Tempat berlindung contohnya daun nipah boleh dijadikan atap dan dinding rumah.
    2)Rumah haiwan contohnya burung membuat sarang daripada ranting-ranting pokok.

    ReplyDelete
  17. NUR NADIA DAMIA BINTI AB RAHMAN
    2 IBK

    2 Kepentingan lain bagi tumbuh-tumbuhan ialah:

    1)Pokok buluh-batang pokok buluh boleh dijadikan sebagai rakit.

    2)Rebung buluh boleh digunakan untuk masakan.

    ReplyDelete
  18. Nia Qaleesya Binti SAIFFUL REDZUAN
    2 Ibnu khaldun


    2:kepentingan lain bagi tumbuh-tumbuhan ialah:

    1-memberi oksigen kepada manusia
    2-boleh dijadikan ubat Dan makanan

    ReplyDelete
  19. NURUL ALLYANA BTE ZAMLI
    2IBS

    2 KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN TUMBUHAN

    POKOK GAJUS
    1..BUAH GAJUS BOLEH D MASAK GULAI
    2..BIJI GAJUS BOLEH D BKR DN D MAKAN
    3..DAN PUCUKNYA BOLEH D BUAT ULAM.

    ReplyDelete
  20. Muhammad Danish Ihsan Bin Mohd Izwan 2IBK

    POKOK SERAI
    1)Batang nya boleh di gunakan dalam masakan.

    2)Daun&Akar nya boleh di gunakan dalam proses pembuatan produk perubatan & kesihatan manusia..

    ReplyDelete
  21. Syed Muhammad Iyyad 2Ibs

    Buah kelapa- air boleh diminum, isi kelapa boleh jadikan santan untuk masakan..
    Daun pokok kelapa-boleh dibuat ketupat,lidi di jadikan penyapu lidi
    Batang kelapa- boleh dibuat titi

    ReplyDelete
  22. Muhammad aryan darwisy 2ibs
    2 kepentingan tumbuh-tumbuhan
    -menyerap karbon monoksida
    -sumber makanan untuk manusia dan haiwan

    ReplyDelete
  23. Khairunnisa Binti Fazly

    Pokok Kurma
    1. Buah kurma boleh dimakan terutamanya ketika berbuka puasa
    2. Pelepah pohon kurma boleh dijadikan sebagai atap khemah

    Terima kasih

    ReplyDelete
  24. AMEERA NUR ANEESA BINTI AIDIL (2IBK)
    Kepentingan tumbuh- tumbuhan
    1- Digunakan sebagai pencegahan hakisan tanah dan tanah runtuh.
    2- Sumber nuterin bagi akar² pokok yang lain..


    ReplyDelete
  25. Nur Daania Adini Binti Muhammad Aidil / 2 Ibnu Sina

    Kepentingan tumbuh-tumbuhan ialah:

    1. untuk mencegah hakisan tanah
    2. kawasan tadahan air

    ReplyDelete
  26. Iman nur aqiilah bt mohd yusof
    2 ibs

    1.sebagai sumber oksigen kepada manusia dan haiwan
    2. Dijadikan sumber permainan, seperti daun kelapa,buah kelapa dan sebagai nye.

    ReplyDelete
  27. Iman nur aqiilah bt mohd yusof
    2 ibs

    1.sebagai sumber oksigen kepada manusia dan haiwan
    2. Dijadikan sumber permainan, seperti daun kelapa,buah kelapa dan sebagai nye.

    ReplyDelete
  28. Muhammad Raqib b Rahmad 2IBS
    POKOK PISANG:
    1. Daunnya boleh digunakan untuk membalut makanan.
    2. Bush pisang boleh di makan

    ReplyDelete
  29. Qisya Nur Hanania Binti Junaidi (2 IBS)
    1. Pokok tebu boleh menghasilkan air untuk diminum
    2. Rumput boleh dimakan oleh haiwan ternakan seperti lembu

    ReplyDelete
  30. Nurul Khaireen Binti Hudzaimi (2 IBS)
    1. Pokok-pokok di bukit mengelakkan tanah runtuh.
    2. Boleh dijadikan perabot

    ReplyDelete
  31. Siti Alifah Ilyana

    Tajuk: Tumbuh-tumbuhan

    2 Kepentingan tumbuh-tumbuhan ialah:

    a) Pokok Kelapa daunnya boleh dibuat ketupat manakala lidinya boleh buat penyapu

    b) Pokok Pisang daunnya boleh digunakan untuk membungkus nasi lemak dan kuih muih

    ReplyDelete
  32. Soffiyah Imtiyaz 2 IBS
    Tajuk:Kepentingan tumbuh-tumbuhan
    Pokok Kelapa
    1. Isi buah kelapa boleh dijadikan santan sebagai makanan
    2. Air kelapa boleh dijadikan sebagai ubat

    ReplyDelete
  33. Affif danial 2 IBS

    Pokok pisang
    1.buahnye boleh dimakan..boleh dimasak lauk jika masih muda,boleh digoreng dan dimakan begitu sahaja jika sudah masak.

    2.daun pisang boleh digunakan sebagai pembungkus makanan,contohnye nasi lemak,kuih koci,dan lepat pisang

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete