Salam wbt murid-murid,
Dua minggu lepas, cikgu ada memberikan nota tentang kitar hidup haiwan.
Hari ini,
Cikgu akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang kitar hidup rama-rama hanya sebagai tambahan pengetahuan murid-murid, ya.
KITAR HIDUP RAMA – RAMA
Tahukah kamu???
Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan???
INFO SANTAI :
Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.
Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.
Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.
Peringkat 1 : Telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.
Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.
Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.
Peringkat 2 : Beluncas / Larva
Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.
Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.
Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.
Peringkat 3 : Kepompong / Pupa
Pada tahap ini transformasi akan berlaku
Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.
Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong
Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.
Peringkat 4 : Rama-rama
Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik
Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.
Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.
Menarik kan info tentang rama-rama ni?
Apapun, selepas ini murid-murid diminta menjawab kuiz Kitaran Hidup haiwan-haiwan lain juga sebagai pengukuhan ya. Mohon murid-murid menjawab soalan yang diberikan dan merekodkan markah yang murid-murid dapat ya.
Selamat berjaya!